BannerFans.com

ORDER FORM

Name:
Email Address:
Contact No:
List your order (Item & Quantity):
Mailing Address:
Delivery Types: Pos Ekspres
Pos Laju
Pos Parcel (by air)
Payment To Account: MAYBANK
CIMB
WESTERN UNION
Comment on Order:

This online form was provided by Freedback.
" ALL SOLD ITEMS WILL BE DELETED TO AVOID CUSTOMER CONFUSIONS "



Sunday, February 14, 2010

SEGALANYA MENGENAI MUTIARA...


Apa Itu Mutiara?

Tiram dalam proses menghasilkan mutiara



Jenis-Jenis Mutiara


Secara amya terdapat 3 jenis mutiara dipasaran, iaitu Mutiara Air Tawar, Mutiara Air Masin dan Mutiara Swarovski

Mutiara Air Tawar & Mutiara Air Masin.

Walaupun tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara keduanya, namun sudah diketahui umum bahawa Mutiara Air Masin mempunyai keunikannya yang tersendiri seperti sukar diperolehi, lebih berkilau, bentuk yang lebih sempurna dan permukaan yang lebih halus.
Disebabkan kriteria itulah maka harganya lebih tinggi.


Mutiara Air Tawar pula adalah jenis yang banyak dipelihara di Sabah dan mempunyai penawaran yang tinggi di pasaran. Ini yang menyebabkan harganya agak rendah berbanding Mutiara Air Masin.


Mutiara Swarovski


Mutiara Swaroski ini ialah sejenis mutiara buatan dan bukannya 100% asli. Ianya dihasilkan sama seperti kristal swarovski dari pengeluar yang sama.


Kristal swarovski yang telah dipilih akan disalut dengan mutiara secara sintetik untuk menghasilkan Mutiara Swarovski ini. Pelbagai warna yang dihasilkan oleh mutiara ini adalah dipengaruhi oleh warna kristal yang terdapat di dalamnya.




Perbezaan Mutiara Kultur dan Mutiara Semulajadi


Walaupun masih ada usaha pencarian mutiara dari alam semulajadi, namun kebanyakan mutiara yang berada di pasaran kini adalah hasil kultur @ penternakan manusia.
Kejuruteraan yang dikenali sebagai grafting atau seeding atau juga implantation ini ditemui oleh orang Jepun, Mikimoto berabad yang lalu.


Untuk pengetahuan semua, Mutiara Kultur juga adalah tulin/asli sepertimana Mutiara Semulajadi.


Perbezaan yang mungkin dapat dilihat pada Mutiara Semulajadi ialah rupa bentuk nukleus mutiara yang wujud. Partikel pasir, telur parasit dan bahan-bahan lain akan membentuk neukleus di tengah-tengah.
Sementara itu, pada Mutiara Kultur, nukleus tiruan yang terdiri daripada kulit asal (bivalve) dimasukkan untuk menjadikan mutiara.


Amnya, kedua-dua proses pembentukan mutiara ini adalah serupa.
Dengan kata lain, nukleus perlu untuk mendapatkan mutiara samada dilakukan oleh manusia ataupun secara semulajadi untuk membentuk lapisan "nacre" yang seterusnya akan membentuk mutiara yang amat bernilai.




Cara Mengenal Mutiara Yang Baik


Kriteria yang penting dalam menilai mutiara ialah kehalusan permukaannya. Kecacatan mutiara boleh ditentukan melalui tanda/bintik ataupun lekuk yang kelihatan.


Mutiara yang mempunyai kecacatan yang sedikit sesuai dijadikan rantai, rantai tangan/gelang dan kerongsang tetapi ianya tidak sesuai dijadikan cincin.


Harga mutiara adalah ditentukan oleh saiz, berbanding kualiti. Contohnya harga "loose pearls' bertambah bagi setiap milimeter garispusat. Dengan itu, harga mutiara bersaiz 7mm amat berbeza dengan 8mm.




Cara Mengenalpasti Keaslian Mutiara


Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk memastikan sama ada sesuatu mutiara itu asli ataupun tidak. Antaranya ialah:-


- Bakar mutiara tersebut. Jika melecet kesan dari pembakaran, maka sah ia bukan mutiara asli.
Pembakaran tidak akan mendatangkan sebarang kesan terhadap mutiara.


- Kikis permukaan mutiara dengan pisau. Walaupun habuk/sisa mutiara terhasil namun mutiara asli tidak akan bercalar.


- Geselkan mutiara tersebut dengan gigi anda. Jika gigi anda terasa seolah-olah berpasir dan ngilu maka sah ia adalah mutiara asli.


- Lambungkan mutiara tersebut bagi merasa beban. Mutiara asli akan terasa sedikit berat berbanding mutiara tiruan.




Warna Mutiara

Secara amnya, warna asli mutiara yang biasa terdapat dipasaran ialah putih, putih-kuning, hitam dan peach.


Bagi mutiara buatan pula, terdapat pelbagai warna seperti biru, hijau, kuning dan pelbagai lagi.




Penjagaan Mutiara


Tanda-tanda kecil yang mencacatkan mutiara boleh dihilangkan dengan minyak zaitun.


Perhatian!!! elakkan dari memakai mutiara anda semasa mandi, ketika memasak atau mencuci. Warna mutiara boleh berubah kerana mutiara terbentuk daripada kalsium karbonat.




TQ,
http://senimutiarakristal.blogspot.com/